Manusia perlukan kasih sayang Allah..tapi mudahkah kita mendapatnya dengan hanya beribadat ala-ala kadar sahaja..sering kita diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan serta sakit yang datang..itu juga tanda Allah sayang...
Kesian pada anakku sayang Muhammad Irsyad yang demam campak sejak 2 hari lepas..sedang leka bermain,sesekali dia datang padaku, "ummi,sakit"...siannyer aku lihat dia..tak tahu bagaimana nak ucap betapa resah, gelisahnya hatiku di tempat kerja bila teringat anakku..Ya Allah,sembuhkanlah anakku segera dan janganlah dibiarkan dia menanggung sakit itu...
Anakku Muhammad Irsyad, semoga cepat sembuh yer sayang..ummi akan jaga irsyad sampai sembuh..
Monday, 9 May 2011
Sunday, 8 May 2011
SELAMAT HARI IBU BUAT UMMIKU SAYANG..
Aku sayang ummi..
ummiku sayang ummi..
sayang sayang ummi..
ummiku sayang..
inilah lagu yang sering ku dendangkan semasa umurku 6 tahun hinggalah dewasa pada ummiku..ummi akan tersenyum riang melihat teletahku yang begitu manja dengannya...
saat yang paling indah yang takkan ku lupa tatkala malam menjelma,langit dipenuhi bintang2 yang banyak...kami akan sama2 menyanyi lagu :
Bila lihat langit yang biru...
dihiasi bintang bertaburan... :-)
indahnyala...andai dapat ku ulang semula kenangan2 itu..bestnya..kadangkala merintih dalam hati sedih kerana jarang menemanku ummi di rumah..aku sibuk dengan hal dunia yang bertambun datang dari sehai ke sehari..maafkan aku ya ummi..hatiku seringkali disentap rasa rindu pada ummi walaupun rumah kami tak berapa jauh..lebih kurang 5 kilometer jer..aku harap dan aku tahu ummi sentiasa redha dengan apa yang ku lakukan kerana ummi amat memahami dirku..
satu perkara yang paling berharga yang ummi buat padaku adalah MEMBACAKAN SURAH YAASIN setiap kali aku menghadapai peperiksaan dari kecil sehinggalah dewasa..kini aku sedang menjalani Diploma Perguruan di salah sebuah institusi pengajian...aku rasa terharu dengan apa yang telah ummi lakukan padaku..syukran ya Ummi atas pengorbanan ummi yang tak terhingga dan terima kasih ayahku sayang yang mendidikku agama secukupnya..
suamiku jiwaku..
Nak kahwin??mmg semua org nak..best?? of course la best...tapi dah bersedia ke nak pikul tanggungjawab yang sgt berat?aku pun dah kawin mmg best...tanggungjawab usah dikata..beratnya hanya org yg dah kawin tau..mane nak basuh kain,sidai kain,lipat kain,kemas rumah,jaga anak, masak,g keje lg..banyakla nak wat..tapi seronok sbb dapat buat tu semua utk suami dan anak tercinta..
Opps!Suami yer..hmm..kami berkahwin pada mei 2008..bina mahligai hasil percintaan selama 5tahun sejak zaman kolej lagi..permulaan berkenalan aku terus katakan padanya, "kalau berkawan hanya untuk suka2, kita putus sahaja"..tapi ternyata dia menjawab : "berkawan untuk selamanya"..(kahwinlah tu)..berbunga2 hatiku saat itu :p apatah lagi bakal suamiku mempunyai ciri2 yang ku cari dan ummi ayah cari..
Alhamdulillah..inilah suami yang ku idamkan..jaga solatnya, solat di masjid, sopan santun akhlaknya.. lupa nak terangkan kenapa tajukku suamiku jiwaku..hmm..sbb..suamiku ini adalah suami yang paling baik, plg best yang aku ada dan akan ku jaga buat selamanya..suamiku tak pernah marah padaku..kalau terasa hati pun kami terus bersemuka bertanya akan perselisihan yang berlaku..lalu suasana kembali ceria seperti biasa..andai aku letih sgt pada hari2 tertentu dia akan biarkan aku tidur lena walaupun anak meminta susu di tengah malam..tapi apa yang paling membuatkan ku terharu adalah..suamiku tidak akan menjamah makanan yang dibeli sebelum ku menjamahnya sesuap walaupun aku sudah mempunyai makananku sendiri.. dia takkan tidur kalau aku masih berjaga..kekadang assignment ku yang berlambak terpaksa diselesaikan di tengah malam kerana tiada gangguan, namun suamiku tetap menunggu walaupun tersengguk2..kesian dia..tapi,itulah suamiku yang ku cinta sgt2…
Betapa bersyukurnya aku dapat suami yang terbaik untuk diriku..terima kasih pada ummi dan ayah, mak dan abah yang merestui perkahwinan ini..ku berharap kami panjang umur sdan bahagia begini sehingga ke akhir hayat... AMINNNN... :-)
Subscribe to:
Posts (Atom)