Sunday 8 May 2011

suamiku jiwaku..


Nak kahwin??mmg semua org nak..best?? of course la best...tapi dah bersedia ke nak pikul tanggungjawab yang sgt berat?aku pun dah kawin mmg best...tanggungjawab usah dikata..beratnya hanya org yg dah kawin tau..mane nak basuh kain,sidai kain,lipat kain,kemas rumah,jaga anak, masak,g keje lg..banyakla nak wat..tapi seronok sbb dapat buat tu semua utk suami dan anak tercinta..

Opps!Suami yer..hmm..kami berkahwin pada mei 2008..bina mahligai hasil percintaan selama 5tahun sejak zaman kolej lagi..permulaan berkenalan aku terus katakan padanya, "kalau berkawan hanya untuk suka2, kita putus sahaja"..tapi ternyata dia menjawab : "berkawan untuk selamanya"..(kahwinlah tu)..berbunga2 hatiku saat itu :p apatah lagi bakal suamiku mempunyai ciri2 yang ku cari dan ummi ayah cari..

Alhamdulillah..inilah suami yang ku idamkan..jaga solatnya, solat di masjid, sopan santun akhlaknya.. lupa nak terangkan kenapa tajukku suamiku jiwaku..hmm..sbb..suamiku ini adalah suami yang paling baik, plg best yang aku ada dan akan ku jaga buat selamanya..suamiku tak pernah marah padaku..kalau terasa hati pun kami terus bersemuka bertanya akan perselisihan yang berlaku..lalu suasana kembali ceria seperti biasa..andai aku letih sgt pada hari2 tertentu dia akan biarkan aku tidur lena walaupun anak meminta susu di tengah malam..tapi apa yang paling membuatkan ku terharu adalah..suamiku tidak akan menjamah makanan yang dibeli sebelum ku menjamahnya sesuap walaupun aku sudah mempunyai makananku sendiri.. dia takkan tidur kalau aku masih berjaga..kekadang assignment ku yang berlambak terpaksa diselesaikan di tengah malam kerana tiada gangguan, namun suamiku tetap menunggu walaupun tersengguk2..kesian dia..tapi,itulah suamiku yang ku cinta sgt2…

Betapa bersyukurnya aku dapat suami yang terbaik untuk diriku..terima kasih pada ummi dan ayah, mak dan abah yang merestui perkahwinan ini..ku berharap kami panjang umur sdan bahagia begini sehingga ke akhir hayat... AMINNNN... :-)




No comments:

Post a Comment